Mengapa orang asli marah pembalakan di Gerik, Perak?

Masyarakat orang asli membuat bantahan terhadap aktiviti pembalakan dijalankan Kerajaan Perak
Masyarakat orang asli membuat bantahan terhadap aktiviti pembalakan dijalankan Kerajaan Perak
A
A
A

Mukadimah

Aktiviti pembalakan dan juga pencerobohan hutan cukup sensitif kepada masyarakat orang asli kerana ia memberi impak besar kepada golongan berkenaan.

Penebangan hutan secara langsung menjejaskan sumber pendapatan orang asli yang majoritinya bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Oleh sebab itu, mereka akan sedaya upaya menghalang sebarang aktiviti pembalakan atau penebangan hutan yang dijalankan di kawasan mereka.

Contohnya seperti yang berlaku di perkampungan Orang Asli Tasik Cunex di Gerik, Perak apabila penduduknya membina halangan sebagai protes kepada aktiviti pembalakan berhampiran tempat tinggal mereka.

Mereka mendakwa kerajaan negeri menceroboh kawasan tanah adat mereka untuk aktiviti pembalakan sejak 18 Januari lalu.

Longgokan kayu balak yang tidak sempat dibawa keluar
Longgokan kayu balak yang tidak sempat dibawa keluar

‘Kami tak nak duit juta-juta’

Sekumpulan orang asli di Kampung Tasik Cunex, Gerik tetap membantah aktiviti pembalakan berhampiran penempatan mereka biarpun ditawarkan habuan lumayan oleh Kerajaan Negeri Perak.

Artikel Berkaitan:

Pengerusi Jaringan Kampung Tasik Asal Cunex Hulu Air Dengkal, Pam Yeek berkata, mereka akan terus mempertahankan tanah adat daripada dimusnahkan oleh sebarang projek dan pembalakan.

"Kami tak nak saham, dividen. Bagi duit berjuta-juta pun kita tak nak.kami nak pertahan warisan tanah wilayah adat kami," tegasnya.

Pam berkata, mereka tidak sanggup melihat kesan yang terpaksa ditanggung sekiranya aktiviti pembalakan berkenaan diteruskan.

Mengulas mengenai sekatan yang dibuat bagi menghalang kayu balak dibawa keluar dari Hutan Simpan Air Chepam, Pam berkata tindakan berkenaan bagi mengelakkan lebih banyak kemusnahan berlaku di kawasan hutan itu.

Pam berkata, akibat aktiviti pembalakan, mata pencarian orang asli sudah banyak terjejas.

Pam (belakang, tiga kiri) bersama masyarakat orang asli berdiri atas longgokan kayu balak membantah aktiviti pembalakan
Pam (belakang, tiga kiri) bersama masyarakat orang asli berdiri atas longgokan kayu balak membantah aktiviti pembalakan

Menurutnya, banyak pokok yang berguna untuk dibuat rumah rosak dan yang tinggal hanyalah pokok yang tidak tahan lasak.

"Tongkat ali, kacip fatimah, dan rotan dah makin susah nak cari. Sumber air pun tercemar sebab aktiviti pembalakan.

"Sebelum ini boleh dapat ribu-ribu juga dari hasil hutan, sekarang sudah susah nak cari. Kawasan 80 hektar yang termasuk dalam kawasan pembalakan ni merupakan hasil pencarian dari empat buah kampung.

Menurutnya, sekiranya aktiviti pembalakan diteruskan lagi di kawasan berkenaan, had pencarian orang asli akan makin terhad dan terjejas.

Pam meluahkan rasa kesal apabila usaha penduduk untuk bertemu dengan Kerajaan Negeri dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) tidak membuahkan hasil yang positif.

Laporan bantahan yang dihantar kepada Kerajaan Perak
Laporan bantahan yang dihantar kepada Kerajaan Perak

"Kita sudah pun hantar bantahan 10 Februari lepas. Pada 18 Februari lalu, menteri (P. Waytha Moorthy) ada turun ke kawasan ini.

"Menteri ada tanya pasal halangan. Menteri cakap penempatan kami duduk di Tasik Cunex ini tak sah sebab alasannya kami (sepatutnya) duduk di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Dala," katanya.

Menurutnya, menteri juga bertanyakan apa yang penduduk mahu dan penduduk menyatakan tidak mahu apa-apa kecuali tanah.

"Menteri kata tunggu keputusannya beberapa hari lagi.

"Kami tetap dengan keputusan kami tak kan buka halangan sehinggalah kerja-kerja pembalakan ini dihentikan. Beribu-ribu pokok balak yang sudah dipotong biarlah reput di sini," tegasnya.

Bagi Tok Batin Komuniti Kampung Cunex, Roslan Itam pula, dia dan penduduk lain pada awalnya menyangka aktiviti pembalakan berkenaan untuk kemajuan orang asli, namun sia-sia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kubur nenek moyang musnah

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Perak, tunjuklah mana tanah adat kami!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!