Isu pekebun durian: Banteras tanah haram secara konsisten

Seramai 18 individu dipercayai pekebun haram durian musang king ditahan selepas melakukan provokasi ketika operasi penguatkuasaan JPNP di HSK Batu Talam pada Ahad. Gambar kecil: Rosli
Seramai 18 individu dipercayai pekebun haram durian musang king ditahan selepas melakukan provokasi ketika operasi penguatkuasaan JPNP di HSK Batu Talam pada Ahad. Gambar kecil: Rosli
A
A
A

KUANTAN - Ketegasan Kerajaan Pahang membanteras tanah haram perlu dilakukan secara konsisten, tanpa mengira status dan bangsa, kata Pesuruhjaya Pas, Rosli Abdul Jabar.

Menurut beliau, tindakan ini secara tidak langsung akan dapat mengekang aktiviti penerokaan haram tanah di Pahang terutama melibatkan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) pada masa yang akan datang.

"Ini semua demi manfaat rakyat dan negeri Pahang, tiada siapa yang dapat melebihi undang-undang kerana itu Pas Pahang berdiri teguh bersama kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan pihak Jabatan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dalam menangani isu ini," katanya pada Selasa.

Pada Ahad, JPNP bersama-sama Agensi Kerajaan Negeri yang telah menjalankan operasi memusnahkan kebun haram durian yang telah diusahakan oleh pekebun di sekitar Daerah Raub.

Operasi itu yang mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan tertumpu disekitar kawasan HSK Batu Talam dengan anggaran keluasan 101 hektar.

Mengulas mengenai tindakan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur itu menjelaskan, operasi penguatkuasaan wajar dilaksanakan.

"Tindakan itu membuktikan Kerajaan Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang meneroka mana-mana tanah di Negeri Pahang secara haram," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu pekebun durian: PGA dihantar ke Raub jaga ketenteraman awam

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:Polis buka kertas siasatan terhadap Ronnie Liu

ARTIKEL BERKAITAN:Provokasi ketika operasi, 18 pekebun haram durian musang king ditahan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!