[VIDEO] Hampir 8,000 pelancong asing mohon lawat Phuket
BANGKOK - Hampir 8,000 pelancong asing telah memohon Sijil Kebenaran Masuk (COE) melalui kedutaan dan konsulat Thailand di seluruh dunia, sejak negara ini membuka semula Phuket pada 1 Julai menerusi program 'Phuket Sandbox'.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Konsulat, Chatchai Viriiyavejakul berkata, ramai pelancong asing berminat untuk ke Phuket di bawah program itu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Sejak program bermula, sejumlah 7,890 pelancong asing telah mendaftar, setakat ini, 6,119 telah diberikan Sijil Vaksinasi manakala 2,802 lagi menerima COE.
Katanya, bagi mempercepat proses saringan di lapangan terbang kementeriannya telah menempatkan petugas tambahan.
Kerajaan menjangkakan kira-kira 100,000 pelancong asing akan mengunjungi Phuket pada suku ketiga tahun ini dari Julai hingga September, menjana pendapatan sekitar 8.9 bilion baht (AS$277 juta). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Kotak hitam kedua ditemukan di lokasi nahas pesawat Azerbaijan Airlines
27 Disember 2024 12:27amSenarai negara rakan BRICS akan diumum tidak lama lagi
26 Disember 2024 07:43pmLubang pada bangkai pesawat Azerbaijan Airlines cetus spekulasi serangan
26 Disember 2024 06:44pmLima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
26 Disember 2024 05:16pmHilang 17 hari, Cikgu Nur Nazalishah ditemui di Teluk Intan
26 Disember 2024 05:32pm'Bendera China pada replika roket gergasi di Tangkak cetus kebimbangan'
26 Disember 2024 12:45pmBuaya mati dilanggar SUV di lebuh raya
26 Disember 2024 04:50pmDua beranak maut: Isteri sempat mohon maaf sebelum kereta terbalik
26 Disember 2024 03:29pm