Kedah bakal beralih ke fasa kedua PPN

Mohd Hayati
Mohd Hayati
A
A
A

ALOR SETAR - Kedah dijangka beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi apabila selepas beberapa nilai ambang sedang dipenuhi oleh kerajaan negeri.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, lebih sembilan peratus penduduk di negeri ini telah lengkap mendapatkan dua dos suntikan vaksin.

Menurutnya, kerajaan negeri terus memperhebatkan kempen vaksinasi dalam kalangan rakyat berdasarkan jumlah bekalan vaksin yang diterima untuk Kedah.

"Kedah mungkin dapat masuk fasa kedua PPN tidak lama lagi selepas Sabah kerana kita sudah mencapai jumlah vaksinasi lengkap lebih sembilan peratus.

"Selain itu, Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) turut digerakkan untuk memberikan vaksin kepada golongan pekerja industri di Sungai Petani, Kulim dan Alor Setar,"katanya ketika dihubungi media pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usaha-usaha yang sedang digiatkan oleh Kerajaan Negeri Kedah bagi memastikan negeri ini beralih kepada fasa kedua PPN.

Mengulas lanjut, Mohd Hayati berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga sedang dilaksanakan di Sungai Petani membabitkan kluster industri di kawasan tersebut dalam usaha mengawal penularan Covid-19 di daerah Kuala Muda.

Menurutnya, di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah pula, pihaknya juga berusaha merawat pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) di negeri ini agar berkurangan ke paras sederhana bagi mencapai nilai ambang yang telah ditetapkan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Media melaporkan Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Perlis setakat memenuhi semua nilai ambang untuk beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin.

Pulau Pinang pula dijangka beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulau Pinang beralih ke Fasa Dua PPN Rabu ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!