Maghribi keluarkan vaksin Sinopharm keluaran tempatan

Vaksin Sinopharm buatan China akan dikeluarkan oleh Maghribi bagi menghalang penularan
Covid-19 di negara tersebut. - Foto AFP
Vaksin Sinopharm buatan China akan dikeluarkan oleh Maghribi bagi menghalang penularan Covid-19 di negara tersebut. - Foto AFP
A
A
A

RABAT - Maghribi pada Isnin mengumumkan rancangan mengeluarkan vaksin Covid-19 iaitu Sinopharm keluaran tempatan, lapor agensi berita MAP dengan menyatakan lima juta dos mungkin dikeluarkan setiap bulan.

Agensi berita berkenaan menyatakan, Maghribi dan Sinopharm menandatangani satu memorandum kerjasama untuk tujuan tersebut pada satu majlis yang dihadiri pemerintah negara beraja berkenaan, Sultan Mohammed VI.

Projek itu melibatkan pelaburan bernilai kira-kira AS$500 juta (RM2.07 bilion), lapor MAP tetapi ia tidak menyatakan bila vaksin tersebut akan dikeluarkan.

Sinopham ialah vaksin yang dikeluarkan oleh China bagi menghalang penularan Covid-19.

Kira-kira 9.1 juta daripada 36 penduduk Maghribi menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 sejak program vaksinasi dimulakan pada Januari lalu.

Negara itu menggunakan vaksin AstraZeneca dan Sinopharm ke atas penduduknya.

Sebelum ini seramai 9,329 orang meninggal dunia manakala 534,797 kes keseluruhan jangkitan Covid-19 di negara tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!