Patuhi keputusan MKT tentukan hala tuju UMNO

Gambar kecil: Madyasir Ahmad Basir
Gambar kecil: Madyasir Ahmad Basir
A
A
A

PASIR GUDANG - Semua pemimpin dan ahli UMNO perlu akur dengan hala tuju yang akan diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu sama ada UMNO perlu kekal atau menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Madyasir Ahmad Basir berkata, ini kerana keputusan MKT dilakukan secara konsensus untuk kepentingan parti dan bukannya perjuangan untuk kepentingan peribadi.

"Sekiranya MKT UMNO memutuskan supaya menteri dan timbalan menteri UMNO dalam kerajaan PN perlu menarik sokongan, jadi mereka perlu akur.

"Keputusan MKT adalah satu saluran yang sah dan betul selain diputuskan untuk kebaikan parti. Sekiranya tidak dipatuhi kita bimbang pelbagai masalah akan timbul pula," katanya.

Sebelum ini terdapat menteri atau timbalan menteri daripada UMNO mahu berada dalam kerajaan PN sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 selepas satu pertemuan di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Pertemuan itu dikatakan turut disertai seorang menteri, seorang timbalan menteri dan seorang ahli Parlimen yang juga ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menjadi tular dalam media sosial.

Perkembangan tersebut menunjukkan semua 35 ahli Parlimen UMNO dikatakan akan terus menyokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan dan keputusan itu selari dengan usul Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada akhir Februari lalu.

Mengulas lanjut, Madyasir berkata, semua pihak dalam parti sememangnya perlu patuh dengan keputusan PAU 2020 namun MKT berhak dan mempunyai kuasa memutuskan sesuatu perkara mengikut keadaan apatah lagi jika ia merugikan parti.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu katanya, keputusan yang dibuat MKT mengikut keadaan dan kepentingan semasa tidak akan bercanggah dengan PAU 2020.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!