Sabah sasar 60 peratus penduduk divaksin menjelang Oktober: Hajiji

Hajiji (empat dari kiri) bersama Kok Liang (tiga dari kiri) dan ahli MATTA dalam pertemuan mereka di PPNS, Kota Kinabalu pada Selasa.
Hajiji (empat dari kiri) bersama Kok Liang (tiga dari kiri) dan ahli MATTA dalam pertemuan mereka di PPNS, Kota Kinabalu pada Selasa.
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah menyasarkan sekurang-kurannya 60 peratus penduduk di negeri ini diberi suntikan vaksin Covid-19 menjelang Oktober.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, melalui pemberian vaksin itu akan membolehkan lebih banyak sektor perniagaan dan perkhidmatan dibuka semula.

"Ini termasuklah sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19," katanya dalam pertemuan dengan Jawatankuasa Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang diketuai Presidennya, Datuk Tan Kok Liang di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) pada Selasa.

Sehubungan itu, Hajiji sekali lagi menggesa kerajaan Persekutuan supaya mempercepatkan bekalan vaksin Covid-19 ke Sabah membabitkan sebanyak 600,000 dos untuk Julai dan 1.2 juta dos lagi bagi bulan Ogos.

"Kami mahu mengekalkan momentum bagi memastikan penduduk mendapat vaksin secepat mungkin," katanya.

Mengulas cadangan Matta untuk menghidupkan semua industri pelancongan pasca Covid-19, Hajiji memberi jaminan akan memastikan industri pelancongan di Sabah berjaya melalui pelan pemulihan pelancongan yang komprehensif.

Katanya, di bawah Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.88 juta menerusi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar untuk diagihkan kepada pemandu pelancong, penyelam, malim gunung, porter, pengusaha hotel dan pengendali inap desa yang terjejas akibat pandemik itu.

Beliau sebelum itu turut memaklumkan akan bertemu dengan malim gunung untuk memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas selain menyaksikan pengendalian program vaksinasi pelancongan di Kundasang, Ranau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!