PBBM, UiTM tidak pandang enteng e-sukan
Kejohanan yang akan disertai pelbagai agensi badan berkanun negara ini akan melibatkan tujuh jenis sukan seperti PUBG, Mobile Legends, CODM, Valorant, FIFA21, PES21 dan MotoGP.
Bagi memberi maklumat awal kepada semua agensi yang akan bertanding, satu taklimat kejohanan telah diadakan dan dihadiri lebih 28 agensi menerusi dalam talian.
Menurut Setiausaha Kehormat PBBM, Mustaza Ahmad, taklimat bertujuan bagi memberi maklumat-maklumat awal kejohanan supaya semua agensi yang bertanding akan mengambil maklum mengenai tarikh-tarikh penting kejohanan, sistem pendaftaran dan peraturan pertandingan.
Katanya, antara tujuan utama kejohanan ini diadakan bagi memastikan semua agensi yang menganggotai Persatuan Badan Berkanun Malaysia dapat mengekalkan hubungan silaturahim di antara agensi-agensi yang bertanding.
Ini berikutan dua kejohanan sukan utama PBMM iaitu Karnival Sukan Pantai (SUPANUN) dan Karnival Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) tidak dapat dijalankan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak awal tahun lalu.
Di samping itu juga, ini dapat memberi pendedahan kepada warga kerja agensi badan berkanun kerajaan untuk terus kekal aktif melalui pertandingan ini dalam suasana pandemik yang masih belum reda.
Untuk rekod, kejohanan ini nanti akan disiarkan secara langsung melalui medium YouTube UiTM Sports Channel.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!