Khairulnizam, Juni mampu menyerlah di Tokyo 2020

Khairulnizam dan Juni antara atlet yang membawa cabaran negara di Tokyo 2020.
Khairulnizam dan Juni antara atlet yang membawa cabaran negara di Tokyo 2020.
A
A
A
UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) sentiasa menyokong dan membantu atlet-atletnya melalui Pusat Sukan UiTM dalam memastikan golongan tersebut sentiasa cemerlang sekaligus mengharumkan nama negara pada temasya Sukan Olimpik pada masa depan.

Malah menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, Prof Dr Mohd Sazili Shahibi, pihaknya turut berbangga dengan pencapaian Khairulnizam Mohd Afendy dan Juni Karimah Jamali yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selain meletakkan nama UiTM di persada dunia.

Prof Dr Mohd Sazili berkata demikian selepas majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena penyertaan atlet UiTM ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 Tokyo pada Sabtu lalu.

Mohd Sazili
Mohd Sazili



Majlis anjuran Pusat Sukan turut dihadiri Khairulnizam dan Juni; Pengarah Pembangunan Pelajar, Dr Mohd Shahsuzan Zakaria; Pengarah Pusat Sukan, Mustaza Ahmad; Timbalan Pengarah Pusat Sukan, Ahmad Tarmizy Mohammed, Ketua-ketua unit sukan kampus cawangan serta staf Pusat Sukan UiTM.

Majlis secara atas talian melalui Google Meet disiarkan secara langsung melalui Youtube UiTM Sport Channel ini bertujuan memberi motivasi serta semangat kepada kedua dua atlet ini dalam misi membawa pulang pingat dari temasya tersebut.

Sementara itu, Khairulnizam yang akan tampil kali ketiga di temasya sukan terbesar dunia tersebut berterima kasih kepada UiTM yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya selama ini.

Juni Karimah pula yang teruja dengan penyertaan sulung tersebut berharap akan mencatat keputusan positif seterusnya menjadi pemangkin untuk terus menjadi terbaik dalam sukan pelayaran.

Untuk rekod, Khairulnizam akan bertanding dalam kategori Laser manakala Juni pula kategori International 470 wanita.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!