Covid-19: Pasar Datuk Keramat ditutup 7 hari

Notis penutupan Pasar Datuk Keramat dikeluarkan DBKL pada Rabu.
Notis penutupan Pasar Datuk Keramat dikeluarkan DBKL pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasar Datuk Keramat ditutup selama tujuh hari untuk tujuan sanitasi selepas terdapat kes jangkitan Covid-19.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu notis yang dikongsikan di Facebooknya berkata, pasar berkenaan akan akan ditutup mulai Khamis ini hingga 14 Julai depan.

"Sehubungan itu, tiada sebarang aktiviti perniagaan dijalankan di pasar itu pada tarikh yang dinyatakan.

"DBKL juga akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan ini, " katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Selasa lalu tersebar di WhatsApp senarai hampir 30 penjaja di Pasar Datuk Keramat didakwa positif Covid-19. Dalam mesej berasingan turut menasihatkan penduduk setempat dan orang luar untuk menghindari mengunjungi pasar berkenaan disebabkan kes positif Covid-19 tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!