Cukuplah buat pelbagai spekulasi, khabar angin: Ahmad Zahid

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
A
A
A

SHAH ALAM – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan pihak yang menyerangnya agar menghentikan membuat pelbagai spekulasi dan khabar angin.

Presiden UMNO itu berkata, mereka seharusnya tidak menambahkan lagi ‘dosa kering’ kerana dosa yang sedia ada tidak terkira banyaknya.

“Ibarat buih-buih di lautan banyaknya. Bersamalah kita perbanyakkan bertaubat dan memohon keampunan daripada ALLAH SWT yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

“Andaian demi andaian sebagai senjata menyerang sosok ini bukanlah pengubat ‘stress’. Hati yang tenang dan damai paling mujarab. Begitu jua saya menguruskan dalam sesuatu perkara,” katanya menerusi tulisan di Facebooknya pada Rabu.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam masa sama turut menyindir pihak yang menyerangnya agar tidak terlalu mengikut hati dan perasaan.

“Nasihat saya tenang-tenang sahaja. Dalam hidup perlu bertenang. Jika kurang bertenang boleh ‘stress’. Kalau ‘stress’ terjejas kesihatan.

“Maka banyakkan beristighfar. Sentiasa mengingati ALLAH SWT dan perbanyakkan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kasihi rakyat dan negara.

“Mak Cik Kiah dan Pak Saleh pun bertenang sahaja walau dapur lama kosong tidak berasap. Meskipun dalam hati mereka tiada siapa yang tahu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, hanya ALLAH sahaja yang mengetahui apa difikirkan mereka.

“Saya dan UMNO pula terlalu risaukan mereka. Sebab itu kami kerap menegur saling mengingatkan,” katanya.

Ahmad Zahid menegaskan, UMNO tetap akan dipertahankan dan parti itu akan terus bangkit.

“Yang pasti rakyat dan negara jadi keutamaan. Walau ditekan, dihenyak, dipalu, tiada sesalan demi UMNO. Demi sebuah perjuangan. Demi rakyat dan negara,”ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!