Enam laporan polis terhadap pemimpin DAP

Fadzli (tengah) bersama wakil NGO yang tampil membuat laporan polis di IPD Raub pada Selasa.
Fadzli (tengah) bersama wakil NGO yang tampil membuat laporan polis di IPD Raub pada Selasa.
A
A
A

RAUB - Sebanyak enam laporan polis dibuat berikutan kebiadapan pemimpin-pemimpin politik DAP di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub di sini pada Selasa.

Wakil Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Melayu Islam Raub, Fadzli Mohamad Kamal berkata, beliau bersama Gerakan Pembela Ummah Raub, Persatuan Melayu Islam Beraja Malaysia, Semboyan Raub dan Majlis Belia Felda Wilayah Mempaga tampil membuat laporan tersebut.

Menurut Fadzli, laporan tersebut dibuat khususnya kepada Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji; Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew yang dianggap biadap dan mengganggu tugas penjawat awam dalam isu penerokaan haram kebun durian di daerah tersebut.

Fadzli bersama laporan polis yang dibuat di IPD Raub pada Selasa.
Fadzli bersama laporan polis yang dibuat di IPD Raub pada Selasa.

"Kami bimbang dengan tindakan rentas negeri oleh Ronnie yang datang dari Selangor, zon merah dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke Raub yang nampak gayanya ada kegiatan politik atas dasar tertentu.

"Kami di Raub takut kerana beliau dari sana menghasut orang-orang Raub atas isu penerokaan haram kebun durian musang king yang cuba membawa politik kebencian," katanya pada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Provokasi ketika operasi, 18 pekebun haram durian musang king ditahan

Proses reman 18 pekebun durian musang king kecoh

Artikel Berkaitan:

Polis buka kertas siasatan terhadap Ronnie Liu

Ujarnya, kebiadapan pemimpin tersebut dapat dilihat menerusi klip video yang tular di laman sosial.

"Beliau (Ronnie) bukan sahaja melakukan provokasi malah langsung tidak menghormati penjawat awam iaitu anggota polis yang bertugas.

"Jangan politikkan isu ini, ia juga bukan isu perkauman. Ia soal undang-undang dan jangan putar belitkan isu ini," tegasnya mereka menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan negeri Pahang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!