Polis siasat laporan terima suntikan vaksin picagari kosong

Polis membuka satu kertas inkuiri untuk menyiasat dakwaan seorang lelaki yang menerima suntikan vaksin dari picagari kosong di Hospital Banting di sini. Gambar hiasan. - Foto 123RF
Polis membuka satu kertas inkuiri untuk menyiasat dakwaan seorang lelaki yang menerima suntikan vaksin dari picagari kosong di Hospital Banting di sini. Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LANGAT - Polis membuka satu kertas inkuiri untuk menyiasat dakwaan seorang lelaki yang menerima suntikan vaksin dari picagari kosong di Hospital Banting di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor mengesahkan menerima laporan tersebut pada jam 6.21 petang pada Selasa.

"Pihak polis telah membuka kertas inkuiri polis dan dalam proses menyiasat aduan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut laporan polis yang dibuat, lelaki berkenaan mendakwa dia disuntik menggunakan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas menonton semula video yang dirakamnya semasa proses vaksinasi itu.

Menurutnya, selepas menerima vaksin dia melihat semula video yang dirakam di telefon bimbit dan mendapati dirinya disuntik menggunakan picagari kosong malah jarum suntikan tidak ditekan pada tubuhnya.

Dia yang berasa sangsi kembali kepada petugas KKM berkenaan untuk mendapatkan kepastian dan menunjukkan video tersebut.

Namun dakwanya lagi, petugas KKM memarahinya kerana membuat rakaman dan minta memadam video itu selepas memberi suntikan sekali lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!