Dadah: Tiga rakan terlepas hukuman gantung

Mathavan (tengah), Logeswaran (kanan) dan Kelemen (kiri) dibawa ke Mahkamah Tinggi Ipoh, hari ini untuk mendengar keputusan akhir mereka atas pertuduhan mengedar dadah, empat tahun lalu.
Mathavan (tengah), Logeswaran (kanan) dan Kelemen (kiri) dibawa ke Mahkamah Tinggi Ipoh, hari ini untuk mendengar keputusan akhir mereka atas pertuduhan mengedar dadah, empat tahun lalu.
A
A
A

IPOH - Tiga sahabat terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi Ipoh, hari ini melepas dan membebaskan mereka daripada tiga pertuduhan mengedar dadah seberat 691.5 gram, empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Hayatul Akmal Abdul Aziz memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes S Mathavan,33, S Logeswaran, 34 dan L Kelemen, 33, di akhir kes pembelaan.

"Mahkamah meneliti hujah kedua-dua pihak dan mendapati ada keraguan munasabah. Terdapat persoalan yang timbul apabila terdapat orang lain mempunyai akses kepada rumah tersebut.

"Oleh itu, mahkamah mendapati tidak selamat untuk mensabitkan ketiga-tiga tertuduh," katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah seberat 207.8 gram (157.5 gram heroin dan 50.3 gram monoacetylmorphines).

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, mereka masing-masing dituduh mengedar dadah seberat 17.6 gram (10 gram heroin, 7.6 gram monoacetylmorphines) dan 466.1 gram methamphetamine.

Mereka didakwa melakukan semua kesalahan tersebut di sebuah rumah di Bandar Lahat Mines, Lahat pada jam 3 petang, 20 Februari 2015.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Mathavan dan Logeswaran masing-masing diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Tania Scivetti dan Syazwani Mohd Zawawi manakala, Kelemen pula diwakili Charan Singh dan Jagdave Singh.

Perbicaraan kes yang bermula pada 20 Jun 2016 telah memanggil 13 saksi pendakwaan dan sembilan saksi pembelaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!