Amanah yang perlu digalas dengan jujur, kata Ismail Sabri
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri yang baharu dilantik, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pelantikannya sebagai amanah yang perlu digalas dengan ikhlas dan jujur demi kestabilan politik, ekonomi serta kemakmuran negara.
Menerusi kenyataannya yang pertama selepas dilantik, Ismail Sabri berkata, ia bukanlah satu keistimewaan.
"Sebaliknya amanah dan tanggungjawab berat yang harus dipikul tatkala negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19 serta dalam usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan ini," katanya pada Rabu.
Ahli Parlimen Bera itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan parti-parti politik di Malaysia.
"Doa saya, semoga kita semua tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik dapat bersama-sama membawa Malaysia mencapai masa depan yang lebih cemerlang," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri, Hishammuddin Menteri Kanan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!