Djokovic mara bergaya ke separuh akhir tenis Wimbledon
PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic membuktikan dirinya dalam kelas tersendiri apabila mudah menewaskan pemain Hungary, Marton Fucsovics,
6-3, 6-4, 6-4 untuk mara kali ke-10 ke separuh akhir Wimbledon, pada Khamis.
Djokovic yang juga juara lima kali kejohanan itu akan berdepan sama ada pemain Russia, Karen Khachanov atau Denis Shapovalov dari Kanada pada perlawanan akhir, Ahad ini.
Kemenangan pemain berusia 34 tahun itu juga menyaksikannya merekodkan kemenangan ke-100 di gelanggang rumput pada ketika atlet kelahiran Serbia yang berstatus pro pada 2003 melangkah ke separuh akhir kejohanan utama untuk kali ke-41.
"Sebenarnya saya bermula dengan baik dan tidak banyak buat silap pada lima permainan awal, namun pujian wajar diberikan kepada Marton yang mempamerkan semangat melawan yang tinggi," ujar Djokovic.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!