Suspek bunuh Presiden Haiti ditahan: Duta
"Ya, beberapa orang telah ditahan dan sedang disoal siasat," kata Duta Haiti ke Amerika Syarikat, Bocchit Edmond.
Sementara itu, pada Rabu Menteri Komunikasi Frantz Exantus menerusi akaun Twitternya berkata suspek pembunuhan Moise sudah ditahan.
Presiden Haiti itu dibunuh sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali, di kediaman peribadinya pada Rabu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!