Surat pekeliling pun sudah cukup

Mohd Amar ketika ditemui media selepas menyampaikan ceramah di Medan Ilmu di sini, hari ini.
Mohd Amar ketika ditemui media selepas menyampaikan ceramah di Medan Ilmu di sini, hari ini.
A
A
A
KOTA BHARU - Penarikan balik larangan untuk memasuki bangunan kerajaan yang dibuat Kerajaan Kelantan kepada beberapa individu di negeri ini tidak perlu dipolemikkan lagi dan ia memadai dengan surat pekeliling yang dikeluarkan.

Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, apa yang dinyatakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengenai perkara tersebut sudah jelas dan cukup untuk menjawab semua persoalan yang dibangkitkan.

“Cukuplah, terpulang pada tafsiran masing-masing. Macam rumah kita lah, mula-mula kita tidak bagi orang datang. Lepas itu, kita benarkan. Jadi, adakah kita perlu minta maaf pula dengan dia sebab kita tidak benarkan dia masuk rumah kita,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau terdahulunya menyampaikan ceramah sesi kedua di Medan Ilmu di sini.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!