Wanita dipenjara lupus barang kemas curi
PETALING JAYA - Seorang wanita warga Indonesia dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana melupuskan harta curi iaitu dua barang kemas milik majikan rakannya hampir dua minggu lalu.
Malahayati, 49, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa bersama-sama seorang lagi rakan didapati melupuskan harta curi iaitu rantai leher emas dan loket emas milik M Perumal, 44, (pengadu) yang mana ada sebab mempercayai ia adalah barang curi yang dilaporkan hilang.
Kesalahan dilakukan di sebuah kedai pajak gadai di Taman Sri Gombak, Batu Caves di sini pada jam 3 petang, 22 Jun lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!