Peneroka hutang Felda RM7.5 bilion: Felda

Dr Othman Omar
Dr Othman Omar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menjelaskan peneroka berhutang dengan agensi itu sebanyak RM7.5 bilion.

Pengarah Besar Felda, Datuk Dr Othman Omar melalui temu bual eksklusif bersama Berita Harian berkata, sebanyak RM5.5 bilion hutang peneroka sudah dimuktamadkan manakala RM2 bilion lagi belum dimuktamadkan.

“Makna kita dah kunci kira-kira sebab dalam lapan tahun pertama kita kena kira hasil dia dan hutang dia. Sebab kita bayar jumlah tertentu, jadi kena tengok hasil sudah cukup untuk berdikari, baru kita kunci kira-kira dan kita tengok muktamadkan hutang berapa banyak... RM100,000, RM80,000, RM70,000 dan kita mula tolak.

“Ada juga yang tiada hutang, yang sudah berjaya, yang buat sendiri, buat sendiri penanaman semula,” katanya seperti di lapor Berita Harian ketika menjawab persoalan jumlah sebenar hutang yang perlu dibayar peneroka kepada Felda.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam sesi Dewan Rakyat menjelaskan Felda ketika ini sedang mengalami masalah aliran tunai yang amat kritikal akibat kelemahan dalam tadbir urus korporat dan pengurusan kewangan yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, hutang Felda berjumlah RM8.025 bilion adalah legasi kepimpinan terdahulu berikutan terlalu banyak campur tangan politik dalam urus tadbir.

Justeru, tegasnya kerajaan akan membentangkan kertas putih Felda pada persidangan Parlimen pada penggal akan datang.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan dengan penjelasan Felda berkenaan hutang sebanyak RM8 bilion yang ditanggung agensi itu membuktikan segala dakwaan terhadap dirinya dan BN adalah fitnah.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, apa yang dijelaskan oleh Othman merupakan kebenaran disebalik penjelasan yang diberikan olehnya berkenaan hutang berkenaan sebelum ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!