Suntikan Vaksin
Jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Yan melakukan suntikan kepada penerima vaksin pada Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Yan, hari ini.
Lebih 600 orang menerima suntikan dos pertama bagi pencegahan jangkitan Covid-19.
Penolong Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Yan, K.Sajittran Nair berkata, lebih 60 peratus penduduk di daerah ini telah menerima suntikan vaksin dos pertama, manakala lebih 40 peratus telah melengkapkan dos kedua vaksin sehingga semalam. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!