Bas Vaksin
Jururawat terlatih ‘Mobile Outreach’, Sherene Morgan dan Diana Naeg Agustin (kanan) membuat persiapan sebelum memberi suntikan kepada penerima vaksin di dalam bas persiaran yang diubah suai menjadi Pusat Vaksinasi Sarawak dalam usaha membantu mempercepatkan proses vaksinasi dan menyekat penularan Covid-19 di negeri ini.
Pasukan itu telah digerakkan di kawasan pedalaman dan pinggir bandar di seluruh negeri sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula di Sarawak awal Mac lepas bagi membantu melancarkan lagi program berkenaan. Usaha itu juga melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), wakil rakyat, swasta dan korporat bagi memastikan rakyat di Sarawak mendapat suntikan vaksin dengan mudah.
Mereka yang uzur dan mungkin sukar untuk bergerak juga diberikan suntikan oleh pasukan ini secara terus di rumah masing-masing.
Sarawak mensasarkan 60,000 suntikan sehari berbanding 50,000 sebelum ini. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!