Varian Delta dikesan di Sarawak

Selain Delta, kes positif membabitkan varian Beta dan Theta turut dikesan di Sarawak.
Selain Delta, kes positif membabitkan varian Beta dan Theta turut dikesan di Sarawak.
A
A
A

KUCHING - Kes positif Covid-19 pertama membabitkan varian Delta telah dikesan di Sarawak, demikian menurut Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Kenyataan IHCM pada Khamis memaklumkan varian itu dikesan susulan analisis penjujukan genom yang dilakukan baru-baru ini.

“Seorang lelaki berusia 56 tahun telah dikesan dengan varian itu pada 18 Jun dan kesnya diklasifikasikan sebagai kes import B,” menurut kenyataan itu.

IHCM juga menyatakan selain Delta, kes positif membabitkan varian Beta dan Theta turut dikesan di Sarawak sebelum ini.

Sebanyak 59 kes membabitkan varian yang membimbangkan (VOC) dan varian yang perlu mendapat perhatian (VOI) telah dikesan dalam kes-kes positif sehingga 26 Jun lepas.

Sejak penularan Covid-19 tahun lepas, IHCM telah berada di barisan hadapan dalam usaha memerangi pandemik itu di Sarawak.

Ia ditugaskan untuk menguji sampel dan menganalisis penjujukan genom bagi mengesan perubahan dalam virus itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!