Tindakan UMNO beri peluang Anwar jadi PM: Zahidi
SHAH ALAM - Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tidak berasas.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, tindakan tersebut hanya akan memberi peluang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dipilih sebagai Perdana Menteri.
"Saya tidak kisah kalau calon Perdana Menteri itu bukan dari UMNO sekalipun. Kalau datang dari Bersatu atau Pas saya akan sokong.
"Apa yang saya lihat kemungkinan sekarang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan beliau ada SD yang cukup kerana disokong oleh Ahmad Zahid.
"Sebab itu saya ambil keputusan untuk tidak sokong keputusan mesyuarat MKT sebab saya berpegang kepada prinsip 'No Anwar No Dap'," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta
Kerajaan PN belum runtuh, sokongan 32 MP BN tidak berganjak
Kerajaan PN tidak tergugat sama sekali
Beliau berkata demikian dalam program Wacana Sinar yang disiarkan di Facebook Sinar Harian pada Khamis.
Turut menyertai program tersebut ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na'aman dan Penganalisis Politik, Dr Sharifah Syahirah Syed Sheikh.
Dalam perkembangan lain beliau berpendapat, jumlah undi terhadap UMNO akan berkurangan sekiranya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih mengemudi parti tersebut pada Plihan Raya Umum yang akan datang.
Jelasnya, ia disebabkan Ahmad Zahid masih lagi mempunyai kes mahkamah yang akan memberi impak negatif terhadap imej UMNO.
"Kalau kita lihat sebelum ini, ahli UMNO yang ada kes mahkamah akan meletak jawatan sebagai contohnya Abdul Rahim Thamby Chik, Mat Taib (Muhammad Muhammad Taib), Khir Toyo dan terbaru Ketua Bahagian Mersing.
"Sebab itu UMNO dulu kuat dan dihorrmati rakyat. Kita perlu tunjukkan bahwa UMNO bersih kerana rakyat ketika ini sudah kecewa dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir negara sebelum ini," jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin dan jemaah menteri masih berkuasa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!