Lebih 185 juta penduduk dunia dijangkiti Covid-19

Data John Hopkins Coronavirus Resource Center menunjukkan terdapat 185,489,255 kes Covid-19 dan 4,009,084 kematian.
Data John Hopkins Coronavirus Resource Center menunjukkan terdapat 185,489,255 kes Covid-19 dan 4,009,084 kematian.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berikut adalah maklumat terkini mengenai Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia setakat 10 pagi.

Data John Hopkins Coronavirus Resource Center menunjukkan terdapat 185,489,255 kes Covid-19 dan 4,009,084 kematian.

Sejumlah 3,351,337,474 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia setakat ini.

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi. Bagaimanapun, banyak negara lain melaporkan penurunan dalam kes dan kematian baharu seiring peningkatan jumlah vaksinasi.

Jadual di bawah menunjukkan status beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia setakat 10 pagi, ketika wabak masih menular dan proses vaksinasi rancak dilaksanakan.

NEGARA

JUMLAH KES DISAHKAN (Kumulatif)

KES BAHARU

Artikel Berkaitan:

KEMATIAN

(Kumulatif)

PERATUS PENDUDUK LENGKAP DOS VAKSIN

AS 33,790,114 22,931 606,468 48.22 %

INDIA 30,709,557 45,892 405,028 4.89%

BRAZIL 18,962,762 54,022 530,179 13.73%

PERANCIS 5,861,128 4,083 111,473 34.34%

UK 5,039,950 32,061 128,600 50.91%

INDONESIA 2,417,788 34,379 63,760 5.34%

FILIPINA 1,455,585 4,278 25,650 2.75%

JEPUN 814,315 2,180 14,865 15.16%

MALAYSIA 808,658 8,868 5,903 9.50%

ARAB SAUDI 497,773 1,207 7,933 5.77%

THAILAND 308,230 6,519 2,462 4.49%

SINGAPURA 62,668 16 36 38.63%

VIETNAM 24,385 1,044 104 0.25%

Jumlah itu berdasarkan data WHO, negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!