Pejuang adakan AGM dalam masa terdekat

Marzuki (kiri) bersama Setiausaha Agong Penaja Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah hadir mengambil sijil kelulusan parti.
Marzuki (kiri) bersama Setiausaha Agong Penaja Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah hadir mengambil sijil kelulusan parti.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan segera mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dalam masa terdekat susulan parti itu didaftarkan sebagai parti politik yang sah.

Timbalan Presiden Penaja parti itu, Datuk Marzuki Yahya berkata, pelbagai perkara dijangka dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

"Pejuang akan adakan AGM dalam masa terdekat. Kita akan berbincang mengenai beberapa program dan perlu meluluskan beberapa pindaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengambil sijil kelulusan parti di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Setiausaha Agong Penaja Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah.

Mengulas lanjut, Marzuki berkata, sebagai parti yang sah, pihaknya telah menerima lebih 20,000 keahlian.

"Sebelum ini mereka menunjukkan minat (untuk menyertai) Pejuang dan hari ini secara rasminya mereka telah menjadi ahli parti Pejuang," katanya.

Beliau berkata, penghapusan rasuah merupakan salah satu agenda Pejuang meskipun ia memerlukan masa yang lama untuk memastikan negara bebas daripada rasuah.

"Kita tahu ia bukanlah suatu perjalanan singkat, tetapi ini (bebas rasuah) yang kita inginkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Marzuki berkata, sekiranya rasuah dapat dibanteras, negara akan membangun dengan lebih baik tanpa sebarang ketirisan

"Kalau kita mampu lakukan, Insya-ALLAH Malaysia akan sentiasa menjadi negara dihormati," katanya.

Pejuang sah sebagai parti politik selepas pendaftarannya diluluskan pada Khamis dan parti itu mempunyai empat kerusi Parlimen dengan mensasarkan 36 kerusi untuk dimenangi pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

ARTIKEL BERKAITAN Pejuang sah sebagai parti politik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!