Messi enggan kecewa lagi

Messi. - Foto Barca Blaugranes, China Daily
Messi. - Foto Barca Blaugranes, China Daily
A
A
A

BINTANG Argentina, Lionel Messi tidak mahu kecewa lagi ketika beraksi di Stadium Maracana, Rio de Janeiro pada aksi final Copa America 2021, berdepan Brazil pada Ahad.

Menurut pemain berusia 34 tahun itu, dia tidak mahu insiden tewas 0-1 kepada Jerman pada final Piala Dunia 2014 lalu berulang pada aksi final Copa America kali ini.

Justeru, pemenang enam kali anugerah Ballon d’Or itu berazam untuk memastikan skuad La Albiceleste itu dapat memberikan tentangan sengit kepada skuad A Selecao itu yang juga juara bertahan kejohanan.

“Saya mahu memastikan Stadium Maracana, Brazil tidak lagi mengecewakan saya dan juga seluruh rakyat Argentina seperti perlawanan akhir Piala Dunia 2014 lalu.

“Oleh itu saya dan juga rakan-rakan sepasukan berazam untuk memberikan aksi terbaik kami pada perlawanan dan seterusnya menjulang trofi Copa America kali ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Neymar ketepikan seketika persahabatan dengan Messi

Untuk rekod, kali terakhir Argentina memenangi Copa America adalah pada 1993 dengan menewaskan Mexico 2-1, di Ecuador.

Setelah itu, Argentina sekadar muncul naib juara bagi edisi 2007, 2015/16 termasuklah muncul naib juara Piala Dunia pada 2014 lalu.

Sementara itu Messi turut mendedahkan saingan Copa America kali ini mungkin penampilan terakhirnya di peringkat antarabangsa.

Justeru katanya, perkara itu semakin menguatkan azamnya untuk memberikan aksi terbaik dan membantu kemenangan Argentina pada saingan Copa America kali ini.

Artikel Berkaitan:

“Apa yang saya inginkan ketika ini adalah untuk memenangi piala untuk negara saya. Oleh itu, kami meletakkan sasaran tinggi untuk itu.

“Kami telah berjaya melepasi halangan di peringkat permulaan dan seterusnya layak beraksi di pentas final. Kini sasaran kami adalah jauh lebih tinggi; iaitu untuk muncul juara.

“Namun, saya percaya akan menerima tentangan sengit apabila berdepan Brazil nanti; terutamanya daripada sahabat saya, Neymar. Oleh itu, kami perlu berhati-hati,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!