Kilang didakwa pindahkan pekerja sebelum PKPD disiasat

Datuk Arjunaidi Mohamed
Datuk Arjunaidi Mohamed
A
A
A

SHAH ALAM - Polis membuka kertas siasatan berhubung sebuah syarikat yang didakwa memindahkan pekerja kilangnya ke beberapa buah hotel sekitar Klang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku sebelum pelaksanaan PKPD di lokasi sebuah apartmen di Petaling Jaya yang dijadikan asrama kilang berkenaan.

"Bagi kes tersebut, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan.

"Saringan juga telah dijalankan melibatkan pekerja kilang yang ditempatkan di beberapa hotel di Klang tersebut," katanya.

Terdahulu, tular rakaman di media sosial mendakwa sebuah kilang memindahkan pekerjanya dari sebuah apartmen ke beberapa buah hotel sekitar Klang sebelum pelaksanaan PKPD.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!