Tiga maut dalam kebakaran kilang di Bangladesh

Kebakaran tercetus di bangunan tujuh tingkat milik Hashem Foods factory pada Khamis dan anggota bomba berjaya memadamkan api pada pagi Jumaat.- Foto Reuters
Kebakaran tercetus di bangunan tujuh tingkat milik Hashem Foods factory pada Khamis dan anggota bomba berjaya memadamkan api pada pagi Jumaat.- Foto Reuters
A
A
A

MOSCOW - Sekurang-kurangnya tiga terkorban dan 25 yang lain cedera dalam kejadian kebakaran sebuah kilang minuman di daerah Narayanganj, Bangladesh, lapor Sputnik memetik Agensi Berita UNB pada Jumaat.

Kebakaran tercetus di bangunan tujuh tingkat milik Hashem Foods factory pada Khamis dan anggota bomba berjaya memadamkan api pada pagi Jumaat.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital. Sebahagian mangsa bertindak melompat keluar melalui tingkap untuk menyelamatkan diri.

Menurut seorang daripada mangsa yang terselamat, jumlah korban mungkin lebih ramai memandangkan kilang itu mempunyai seramai 7,000-8,000 pekerja. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!