Korban nahas feri di perairan Bali, Indonesia mengingkat kepada 10
JAKARTA - Satu lagi mayat mangsa tragedi feri karam ditemui di Selat Bali pada Jumaat, menjadikan jumlah korban terkini mencecah 10 orang, lapor Agensi Berita Anadolu (AA) memetik Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas)
"Nelayan tempatan menjumpai mayat itu tersangkut dalam sangkar ikan, kira-kira 500 meter (1.640 kaki) dari pantai," kata ketua agensi itu Gede Darmada dalam satu kenyataan.
Tambahnya, identiti mangsa telah dikenal pasti.
Beliau berkata, seramai 51 berjaya diselamatkan dalam kejadian feri KMP Yunice yang karam akhir bulan lalu manakala 16 lagi masih hilang.
Pada 29 Jun lalu, kapal KMP Yunice tenggelam di perairan Selat Bali ketika dalam perjalanan menuju Pelabuhan Gilimanuk di Bali.
Kapal dari Pelabuhan Ketapang, di Jawa Timur itu dilaporkan hanyut sebelum karam. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!