Ismail Sabri bertemu Ahmad Zahid
SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di kediamannya, pada Jumaat.
Gambar pertemuan kedua-dua pemimpin tersebut dikongsi di media sosial pada hari pertama Naib Presiden UMNO itu memasuki pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Ismail yang juga Menteri Pertahanan dilantik sebagai orang nombor dua negara pada Rabu iaitu beberapa jam sebelum Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berlangsung bagi membuat keputusan mengenai pendirian parti itu terhadap kerajaan.
Pada Rabu, Ahmad Zahid mengumumkan keputusan UMNO untuk menarik sokongan serta-merta terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, ahli-ahli Parlimen UMNO difahamkan termasuk Ismail Sabri dalam kenyataan berasingan pada Khamis menyatakan pendirian untuk terus menyokong Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
ARTIKEL BERKAITAN: UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta
Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri, Hishammuddin Menteri Kanan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!