Bincang lain, umum lain

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

AWANG terkejut juga baca posting FB Tan Sri Annuar Musa bahawa kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 'tidak menggambarkan keputusan mesyuarat MT UMNO.'

Dalam posting itu juga Annuar menulis, “Apa yang dibaca kepada media adalah kenyataan yang disiapkan lebih awal. Pagi ini (Khamis) apabila saya menjenguk grup WhatsApp Ketua UMNO Bahagian, ramai yang mengeluh.”

Tulis Annuar lagi, “Lain dibincang lain pula yang dirumuskan.” Beliau juga menggesa agar Presiden UMNO “segera keluarkan kenyataan yang benar.”

Tulisnya lagi, “Lambat laun kedudukan sebenar akan terserlah jua. Tak baik untuk parti kita.”

Tentulah orang ramai terkejut dengan hal itu. Jikalau benar apa yang ditulis oleh Annuar, nampaknya Presiden UMNO tidak menyampaikan hasrat dan keputusan mesyuarat yang sebenar.

Pada waktu yang sama, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz beri jaminan bahawa sekurang-kurangnya 32 ahli Parlimen UMNO dan BN akan terus menyokong kerajaan Tan Sri Perdana Menteri.

Katanya mereka akan akur pada keputusan yang dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas yang mahu UMNO sokong PH sehingga pilihan raya akan datang.

Nampaknya bergolak lagi UMNO. Kali ini jelaslah ada penentangan ke atas Presiden kerana cara beliau menangani isu sokongan pada PN. Macam-macamlah teori mengapa Presiden UMNO buat begitu.

Artikel Berkaitan:

Teringat Awang apa kata Ku Li apabila ditanya punca utama kekalahan UMNO dalam PRU yang lalu.

“Perpecahan,” jawabnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!