Operasi di Hutan Simpan Batu Talam tenang, terkawal
RAUB - Operasi memusnahkan pokok durian musang king di Hutan Simpan Batu Talam di sini berjalan lancar tanpa mana-mana provokasi yang boleh menjejaskan operasi itu setakat ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, Deputi Superintendan Nasir Ismail berkata, situasi tersebut memberikan keselesaan dan jaminan keselamatan kepada pasukan penguakuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) selepas sebelum ini, mereka berdepan insiden provokasi dan gangguan oleh sekumpulan individu dipercayai pekebun durian pada Ahad lalu.
Menurutnya, kehadiran anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang ditempatkan di tempat kejadian sejak beberapa hari lalu menyebabkan operasi itu terkawal.
ARTIKEL BERKAITAN: Isu pekebun durian: PGA dihantar ke Raub jaga ketenteraman awam
Siasatan SPRM sudah lengkap 80 peratus
Bekalan musang king Raub tidak terjejas
"Tiada gangguan lagi diterima atau cubaan mana-mana pihak berkaitan untuk memasuki ke kawasan terlibat.
"Seperti yang pernah diingatkan sebelum ini, tindakan tegas berdasarkan undang-undang menanti mereka yang melanggar arahan tersebut," jelasnya lagi.
Ujarnya, seramai 60 anggota PGA melakukan pemantauan bersama polis termasuk di dua Sekatan Jalan Raya (SJR) di laluan masuk utama ke kawasan operasi berkenaan.
"Tiada kompromi lagi diberikan kepada mana-mana pihak yang menghalang tugas anggota, menceroboh atau membuat provokasi," tegasnya.
ARTIKEL BERKAITAN: 16.4 hektar kebun durian haram dimusnahkan JPNP
Pekebun haram robohkan jambatan, halang operasi JPNP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!