Bekalan musang king Raub tidak terjejas

Kim Fak menunjukkan durian musang king bersaiz besar di premis Tong Brothers Fruit Trading di Kampung Sang Lee, Raub.
Kim Fak menunjukkan durian musang king bersaiz besar di premis Tong Brothers Fruit Trading di Kampung Sang Lee, Raub.
A
A
A

RAUB - Bekalan durian musang king tidak terjejas biarpun beberapa lokasi penanaman raja buah itu di Raub, Pahang dimusnahkan pihak berkuasa kerana ditanam secara haram.

Tinjauan Sinar Harian di daerah yang terkenal dengan kualiti buah musang king terbaik di negara ini mendapati bekalan raja buah setakat ini masih banyak.

Malah, ada kemungkinan berlaku lambakan raja buah itu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pemilik Tong Brothers Fruit Trading, Tong Kim Fak berkata, perniagaan buah durian agak perlahan ketika ini ekoran peraih buah terutama dari Lembah Klang gagal keluar daerah.

Kim Fak menunjukkan isi musang king bersaiz besar yang ada di kedainya di Kampung Sang Lee, Raub, Pahang.
Kim Fak menunjukkan isi musang king bersaiz besar yang ada di kedainya di Kampung Sang Lee, Raub, Pahang.

Dia yang berniaga raja buah itu selama hampir 30 tahun berkata, sejak kembali membuka perniagaan pada awal bulan lalu setelah buah mula luruh, hasil penjualan adalah berkurangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan SPRM sudah lengkap 80 peratus

Operasi di Hutan Simpan Batu Talam tenang, terkawal

Artikel Berkaitan:

“Saya ambil alih perniagaan durian musang king ini daripada bapa dan kami di Tong Brothers Fruit Trading mempunyai kebun sendiri bagi menanam durian jenis ini dan D24. Selain itu, kami juga membeli durian daripada penduduk kampung.

“Kebun durian kami tidak berada di dalam kawasan larangan. Ditanam di beberapa tempat di sekitar Raub.

“Jadi bekalan buah di Tong Brothers Fruit Trading adalah banyak dan tidak berlaku kekurangan stok.

“Tetapi saya berasa sedikit risau kerana pemborong dari luar tidak dapat datang ke sini untuk mengambil buah,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Sebahagian buah durian musang king yang dijual oleh Tong Brothers Fruit Trading di Kampung Sang Lee, Raub, Pahang.
Sebahagian buah durian musang king yang dijual oleh Tong Brothers Fruit Trading di Kampung Sang Lee, Raub, Pahang.

Sementara itu, seorang peraih buah durian dari Selayang, Selangor, Azhar Razali berkata, dia bernasib baik kerana mempunyai surat kebenaran merentas daerah sekali gus membolehkannya mengambil bekalan musang king dan D24 di Tong Brothers Fruit Trading.

Menurutnya, dalam keadaan PKP ini dia mengambil musang king dan D24 sekitar 40 bakul sehari.

“Daripada 40 bakul itu, sebanyak 25 bakul saya jual dengan harga peraih dan selebihnya saya jual dengan harga yang sangat berpatutan.

“Saya jual dengan harga sangat murah supaya semua orang dapat merasa nikmat musang king dari Raub yang sangat dikenali ramai,” katanya.

Azhar (kanan) menunjukkan musang king yang dibeli dari Tong Brothers Fruit Trading, Kampung Sang Lee, Raub.
Azhar (kanan) menunjukkan musang king yang dibeli dari Tong Brothers Fruit Trading, Kampung Sang Lee, Raub.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!