Ops Bersih Covid-19
Petugas kesihatan bersama anggota polis dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) ketika melaksanakan pengesanan kes aktif (ACD) dalam Ops Bersih Covid-19 di Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) Kampung Muslim hari ini.
Sesetengah kawasan penempatan SPMP tersebut hanya dapat diakses melalui jalan laut kerana berada di tengah-tengah perkampungan atas air yang agak padat dan tiada kemudahan perhubungan jambatan untuk sampai ke kawasan sasaran itu.
Semalam, negara mencatatkan 9,180 kes baharu harian tertinggi dilaporkan sejak pandemik melanda, menjadikan jumlah kumulatif kes mencecah 817,838. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!