Kejadian ragut itu di Los Angeles lah!

Klip video yang berdurasi 29 saat tular kononnya berlaku di daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
Klip video yang berdurasi 29 saat tular kononnya berlaku di daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
A
A
A

GEORGETOWN - Polis menafikan kejadian ragut beg tangan seorang wanita di sebuah pasar raya berlaku di daerah Timur Laut di sini seperti yang ditularkan di media sosial sejak Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, satu klip video yang diambil dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah pasar raya itu tular dan didakwa berlaku di salah sebuah pasar raya di daerah ini.

Menurut beliau, selepas siasatan dijalankan kejadian bukan berlaku di sini sebaliknya di Pasaraya Dataran Quantong di San Gabriel, Los Angeles.

"Sejak semalam, tular satu klip video rakaman CCTV sebuah pasar raya yang dikatakan berada di daerah Timur Laut.

Rakaman video berdurasi 29 saat itu memaparkan seorang lelaki berpakaian hitam telah bertindak agresif dengan menarik beg tangan seorang wanita yang juga pelanggan di pasar raya tersebut.

"Hasil semakan, kejadian tersebut berlaku di Pasaraya Dataran Quantong di San Gabriel, Los Angeles dan bukannya di daerah ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, Soffian menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang video atau maklumat yang belum dapat dipastikan kesahihannya.

"Orang ramai boleh mengambil iktibar dan panduan daripada kejadian berkenaan untuk terus berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan keadaan persekitaran supaya tidak memberi peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sejak Jumaat, tular satu klip video di media sosial yang menunjukkan seorang wanita terjatuh ketika berada di kaunter pembayaran sebuah pasar raya selepas beg tangannya diragut seorang lelaki.

Susulan penularan klip video tersebut, ada beberapa pihak yang mendakwa lokasi kejadian adalah di sebuah pasar raya yang terletak di daerah Timur Laut di sini.

Klip video tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet yang mana ada antara mereka mengaitkan kesempitan hidup antara punca kepada kejadian berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!