PSM gesa kerajaan bina lebih banyak institusi awam

No Image Caption
A
A
A

SEMENYIH - Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggesa kerajaan membina lebih banyak institusi awam dan menambahbaik kapasiti institusi awam sedia ada.

Ketua Biro Pendidikan Pemuda PSM, N. G. Gandipan berkata, pihaknya mendapati ramai pelajar terpaksa melanjutkan pengajian ke universiti swasta yang menawarkan kursus dengan harga mahal.

"Ia kerana kerajaan baharu tiada aspirasi untuk membina lebih banyak universiti awam," katanya.

Menurutnya, pelajar berkenaan juga terpaksa berhutang untuk membayar semula kos pengajian walaupun belum lagi mendapat pekerjaan.

"Generasi muda terpaksa mengambil hutang mencecah ribuan ringgit untuk menampung kos pendidikan itu," katanya.

Menurutnya, PSM juga mahu mendesak kerajaan PH menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana ia merupakan modul yang tidak mampan.

"PTPN pula menghadapi cabaran mengutip balik hutang dan kekurangan dana untuk memberi pinjaman baharu," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu memastikan polisi pendidikan baik diteruskan dan dana tidak dikurangkan dengan alasan hutang negara.

Artikel Berkaitan:

"Kerajaan juga seharusnya membeli institusi pendidikan milik negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta menjadikan ia sebagai institusi awam kerana institusi GLC ini berfungsi seperti institusi swasta yang bermotif keuntungan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!