'Penjelasan SPRM beri jawapan kepada persoalan isu kebun durian haram'

Mohd Rosmani Md Sharif
Mohd Rosmani Md Sharif
A
A
A

KUANTAN - Penjelasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan isu pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub memberi sedikit jawapan kepada persoalan yang timbul dalam perkara itu sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bantahan Pembalakan, Mejar (B) Mohd Rosmani Md Sharif berkata, sekurang-kurangnya rakyat tahu bahawa isu itu sudah dalam tindakan agensi terbabit.

Menurutnya, isu itu cukup penting justeru rakyat berhak untuk tahu jawapannya.

"Sudah pasti ramai yang menunggu hasil siasatan tersebut untuk mengentahui sama ada benar wujud 'dalang' dalam kegiatan itu atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu pekebun haram: Kenapa baru sekarang ditebang?

Siasatan SPRM sudah lengkap 80 peratus

Operasi di Hutan Simpan Batu Talam tenang, terkawal

Mohd Rosmani berkata, maklum balas SPRM itu disambut baik kerana membuktikan ketelusannya dalam menjelaskan tindakan yang telah diambil setakat ini.

Pada Jumaat, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki menjelaskan bahawa pihaknya sudah menjalankan siasatan berhubung isu terbabit.

Menurutnya, siasatan sudah 80 peratus dimana SPRM telah memanggil peneroka dan pihak berkuasa berkaitan untuk dirakam keterangan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!