Barty juara Wimbledon

Barty meraih gelaran kedua Grand Slam selepas menjuarai Kejohanan Wimbledon tahun ini. -Foto EPA
Barty meraih gelaran kedua Grand Slam selepas menjuarai Kejohanan Wimbledon tahun ini. -Foto EPA
A
A
A

PEMAIN tenis nombor satu dunia dari Australia, Ashleigh Barty merangkul gelaran Grand Slam kedua dalam kariernya apabila menjuarai Kejohanan Wimbledon di The All England Club sebentar tadi.

Tampil selaku pilihan pertama, Barty yang juga juara Terbuka Perancis 2019 menewaskan pemain pilihan kelapan dari Republik Czech, Karolina Pliskova dalam pertarungan tiga set 6-3, 6-7 (4-7), 6-3.

“Saya akui Karolina mempamerkan aksi cukup mencabar pada hari ini. Saya gembira dengan kemenangan ini yang membolehkan saya meraih gelaran Grand Slam kedua selepas Terbuka Perancis.

“Saya sudah mengharungi pelbagai cabaran dan belajar daripada pengalaman lalu. Ia adalah perjalanan yang luar biasa sepanjang penampilan saya di Wimbledon,” kata Barty.

Kejayaan menjuarai Wimbledon kali ini menyaksikan Barty muncul sebagai pemain wanita Australia pertama dinobatkan juara acara perseorangan selepas Evonne Goolagong Cawley pada edisi 1980.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!