[VIDEO] UiTM prihatin isu kematian dua pelajar

UiTM mengucapkan takziah kepada keluarga dua pelajar yang meninggal dunia.
UiTM mengucapkan takziah kepada keluarga dua pelajar yang meninggal dunia.
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) amat berduka cita dan mengucapkan takziah kepada keluarga dua pelajar yang meninggal dunia baru-baru ini.

Menurut Jabatan Komunikasi Korporat UiTM, pihaknya sangat prihatin dengan isu kematian dua pelajarnya iaitu Nurul Natasya Ezreen Azemi, 22, pelajar Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Cawangan Kedah serta Muhammad Adham Hazim Mohd Rizaini, 21, Diploma Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Awam, Cawangan Pahang.

"Semoga keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian ini.

"Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar IPT meninggal dunia selepas dilapor tidak sedarkan diri

Menurut kenyataan itu, UiTM sentiasa prihatin bagi memastikan kebajikan dan kemudahan pelajar dalam menjalani sesi pembelajaran secara Open Distance Learning (ODL).

"Sehubungan itu, pelajar yang memerlukan kemudahan internet dan peranti dibantu serta dialu-alukan untuk menginap di kolej atau rumah sewa berhampiran kampus.

"Bagi aspek pentaksiran dan penilaian, pihak UiTM, melalui Bahagian Hal Ehwal Akademik serta pensyarah sudah membuat pemakluman awal berkaitan tarikh penting tugasan kepada pelajar di awal semester melalui pelan pengajian setiap kursus," katanya.

Tambah kenyataan itu, Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM melalui inisiatif prihatin juga sudah melanjutkan aktiviti pentaksiran dan penilaian berterusan sepanjang minggu Penilaian Akhir sehingga Ogos depan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, inisiatif itu dilaksanakan melalui Pekeliling Akademik bil 11/2021 yang dikeluarkan dan dimaklumkan kepada semua pelajar dan pensyarah pada 18 Jun lalu.

"Pada masa sama, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Unit Kaunseling UiTM juga sentiasa peka dan bersiap siaga bagi membantu pelajar dalam memberi khidmat nasihat dan apa jua bantuan yang diperlukan oleh pelajar dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran secara ODL dalam situasi pandemik Covid-19 ini.

"Pelajar disarankan agar sentiasa berbincang dengan pensyarah, penasihat akademik atau ketua program masing-masing bagi menyelesaikan apa jua isu berkaitan pentaksiran dan penjadualan penilaian," katanya.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Kedah meninggal dunia selepas dilaporkan tidak sedarkan diri pada Jumaat.

Kejadian yang menimpa pelajar semester ketiga itu turut tular di media sosial.

@sinarharianonline

Jadi sentiasa berjaga-jaga dengan setiap kata-kata kita, okay? To all student out there, FIGHTING!!!! #fyp#BuletinTikTok#TikTokMalaysia

original sound - Sinar Harian - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!