Kerajaan tidak tolak ansur dengan kilang, premis perniagaan: TPM

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kilang dan premis perniagaan yang melanggar peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan akan berhadapan tindakan tegas termasuk diarah tutup serta-merta sebagai usaha menangani pandemik Covid-19.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur lagi terhadap kilang dan premis perniagaan berkenaan yang gagal mematuhi peraturan.

“Kita akan melakukan ‘perang’ habis-habisan dalam melawan (penularan pandemik) Covid-19 dan mengambil tindakan tegas kepada kilang dan premis perniagaan yang berdegil,” katanya menerusi catatan di Facebook rasminya pada Ahad.

Pada Sabtu, Ismail Sabri dalam catatan di Facebook memaklumkan terdapat 108 kilang dan premis perniagaan yang gagal mengikut SOP telah diarah tutup serta-merta dalam tempoh dua hari.

Ia melibatkan 56 kilang dan premis perniagaan yang diarah tutup pada Khamis, manakala baki 52 pada Jumaat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!