Persidangan Kecerdasan Buatan Sedunia lakar kejayaan

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHANGHAI - Persidangan Kecerdasan Buatan Sedunia (WAIC) 2021 yang melabuhkan tirainya di sini pada Sabtu menyaksikan pemeteraian perjanjian membabitkan 26 projek penting dengan nilai melepasi 10 bilion yuan (RM6.47 bilion).

Difahamkan, projek berorientasikan kecerdasan buatan (AI) tersebut merangkumi bidang ekologi, lalu lintas pintar, kesihatan, robot dan sebagainya.

Selain 13 jenis produk AI pertama kali dipertontonkan kepada umum, Perikatan Perniagaan Data Nasional turut memulakan operasinya secara rasmi.

Menurut Ketua Pusat Inovasi Data Shanghai (SDIC), Lu Yong, pada masa depan, data raya berasaskan bidang sumber tenaga, pengangkutan, pelancongan dan pendidikan akan diberi akses kepada penggunaan aplikasi hingga menyumbang kepada pelan transformasi digital bandar raya itu.

Persidangan secara hibrid itu menghimpunkan lebih 1,000 pakar dan usahawan terkenal dalam bidang AI. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!