Southgate dikecam pilih Sancho, Rashford dan Saka ambil penalti

Southgate menenangkan Sancho selepas England tewas kepada Itali pada perlawanan akhir Euro di Wembley.
Southgate menenangkan Sancho selepas England tewas kepada Itali pada perlawanan akhir Euro di Wembley.
A
A
A

PENGENDALI England, Gareth Southgate dikritik susulan tindakannya menyenaraikan Jadon Sancho, Marcus Rashford dan Bukayo Saka sebagai pengambil sepakan penalti ketika tewas kepada Itali dalam perlawanan akhir Euro 2020 di Wembley pada awal pagi Isnin.

England yang tewas 2-3 dalam penentuan penalti selepas seri 1-1 dalam aksi sebenar perlawanan menyaksikan Sancho, Rashford dan Saka gagal menyempurnakan penalti tersebut.

Southgate membawa masuk Sancho dan Rashford pada masa tambahan khusus untuk mengambil sepakan penalti namun kedua-dua mereka gagal menyempurnakannya ketika England mempunyai kelebihan.

Pengendali berusia 50 tahun itu juga menyenaraikan Saka sebagai penendang terakhir dengan pemain sayap Arsenal itu dilihat tidak mempunyai pengalaman untuk mengambil sepakan penalti dalam kejohanan besar.

Rata-rata peminat England menyuarakan kekecewaan dengan keputusan yang dibuat Southgate itu dengan menyifatkan ramai pemain lain yang boleh diberikan peranan untuk mengambil sepakan tersebut.

Bagaimanapun, Southgate menegaskan, dia bertanggungjawab dengan keputusannya itu sekali gus menyaksikan England tewas dan terus kemarau kejuaraan dalam kejohanan besar.

"Itu tanggungjawab saya. Saya memilih pemain untuk mengambil sepakan. Saya memberitahu pemain bahawa tidak ada orang yang bersendirian dalam situasi itu. Kami menang dan kalah bersama sebagai satu pasukan.

"Ini keputusan saya untuk memberikan Saka peluang ambil penalti. Bukan dia atau Marcus atau Jadon yang perlu dipersalahkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!