Apa rakyat mahu selepas dua dos vaksin

Pengusaha industri pelancongan akan kembali meraih pendapatan apabila orang ramai membantu merancakkan sektor ekonomi ini. -Foto Bernama
Pengusaha industri pelancongan akan kembali meraih pendapatan apabila orang ramai membantu merancakkan sektor ekonomi ini. -Foto Bernama
A
A
A

Rentas negeri

* Menziarahi ahli keluarga terutama ibu bapa di kampung selepas sekian lama tidak bertemu secara bersemuka. Perasaan rindu yang mendalam dibimbangi menyebabkan risiko kemurungan.

Bekerja di pejabat

* Produktiviti dan komitmen pekerja akan lebih menyerlah ketika bekerja di pejabat. Bekerja dari rumah memberi tekanan untuk mengimbangi keperluan kerja dan keluarga.

Kebenaran berniaga semua sektor

* Peniaga dapat memulakan kelangsungan perniagaan dan mengelak pembuangan pekerja sekiranya premis tidak dibenarkan operasi dalam tempoh lama dan bakal berdepan bebanan kewangan serius.

Aktiviti sosial dan riadah di luar rumah

* Kegiatan seperti memancing, bersenam di gimnasium, taman permainan kanak-kanak, konvoi bermotor, melancong dalam negara dan sukan tanpa sentuhan bagi meningkatkan kualiti hidup sihat rakyat.

Artikel Berkaitan:

Kebenaran ke rumah ibadat

* Tidak terhad ketika waktu solat sahaja tetapi rakyat juga mahu menjalankan aktiviti keagamaan lain di rumah ibadat secara bersemuka dengan pematuhan SOP seperti tahlil.

Melancong dalam negara

* Pengusaha industri akan kembali meraih pendapatan apabila orang ramai membantu merancakkan sektor ekonomi ini yang turut memberi kesan kepada peniaga kecil dan sederhana serta penduduk setempat.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat harap dapat kembali ‘bebas’

Kurangkan tekanan rakyat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!