Annuar Musa dikompaun RM2,000

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kompaun itu dikeluarkan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

"Kompaun dikeluarkan sebanyak RM2,000," katanya ringkas melalui kenyataan pada Isnin.

Dalam kenyataan Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan pada Isnin memaklumkan Annuar telah menerima kompaun itu dan akan menjelaskannya secepat mungkin.

Kompaun itu adalah susulan kunjungan Annuar ke kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!