Tahan sakit kaki tersangkut dalam lubang tandas

Anggota bomba sedang mengeluarkan kaki mangsa yang tersangkut dalam lubang tandas rumahnya di Taman Kimsar, Perai, Butterworth, tengah hari Isnin.
Anggota bomba sedang mengeluarkan kaki mangsa yang tersangkut dalam lubang tandas rumahnya di Taman Kimsar, Perai, Butterworth, tengah hari Isnin.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun terpaksa menahan kesakitan apabila kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Taman Kimsar, Perai, di sini tengah hari Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada ahli keluarga mangsa, jam 12.55 tengah hari.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

"Sebaik tiba didapati kaki kiri kanak-kanak itu tersangkut dalam lubang tandas jenis mencangkung.

"Dengan menggunakan peralatan khas bomba berjaya mengeluarkan kaki mangsa tidak sampai 15 minit," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 1.16 petang dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!