Laungan ‘it’s coming to Rome’ balas laungan ‘it’s coming home’

Bonucci (kiri) bersama trofi Euro 2020.
Bonucci (kiri) bersama trofi Euro 2020.
A
A
A

PEMAIN pertahanan Itali, Leonardo Bonucci menegaskan kata-katanya ‘it’s coming (to) Rome,’ sejurus tamat aksi final Euro 2020 antara England dan Itali pada Ahad adalah semata-mata untuk membalas chant penyokong England, ‘it’s coming home.’

Menurut Bonucci, chant berkenaan mula kedengaran dalam kalangan penyokong England sejak mereka menewaskan Denmark pada aksi suku akhir, minggu lalu.

“Setiap hari kami mendengar mengenai chant ini. ‘it’s coming home’ ini yang bermaksud bahawa trofi Euro 2020 bakal dibawa ‘pulang’ ke England.

“Justeru, kami mula mencipta chant baharu ‘it’s coming (to) Rome’ yang bermaksud trofi Euro 2020 akan dibawa ‘pulang’ ke Itali.

“Minta maaf banyak-banyak kerana trofi Euro 2020 akan dibawa pulang ke Rome agar kesemua rakyat Itali walau berada di mana juga dapat menyaksikan dengan lebih dekat trofi keagungan bola sepak Eropah itu,” katanya.

Bonucci dilihat mula melakukan chant berkenaan sebaik tamat aksi final Euro 2020 pada Isnin dengan mengatakan ‘it’s coming to Rome’ untuk beberapa kali.

Malah kata-katanya itu turut disaksikan oleh peminat bola sepak di seluruh dunia yang sedang menyaksikan siaran langsung perlawanan berkenaan yang menyaksikan Itali menang menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 (setelah masa tambahan dan sepakan penalti) selesai.

Sementara itu Bonucci menegaskan kejayaan merangkul trofi Euro kali ini turut ditujukan kepada penyokong-penyokong Itali yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada skuad Azzurri itu selama ini.

Artikel Berkaitan:

Oleh itu katanya, trofi berkenaan perlu dibawa pulang ke Itali agar rakyat di negara berkenaan dapat melihat dengan lebih dekat trofi berkenaan.

“Kami mahu berkongsi kemenangan ini penyokong di Itali serta di mana juga mereka berada. Terima kasih atas sokongan mereka selama ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!