Banjir: Pesakit strok terperangkap dalam rumah diselamatkan

Operasi menyelamatkan tiga mangsa berhampiran Masjid Kampung Gali,Raub pada Isnin. Gambar kanan: Pesakit strok antara tiga mangsa yang diselamatkan selepas terperangkap dalam banjir kilat berhampiran Masjid Kampung Gali, Raub pada Isnin. - Foto ihsan JBPM

A
A
A

RAUB - Tiga sekeluarga termasuk seorang lelaki pesakit strok diselamatkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub selepas terperangkap banjir kilat berhampiran Masjid Kampung Gali di sini pada Isnin.

Ketua BBP Raub, Penolong Penguasa Bomba, Khairul Anuar Yaacob berkata, operasi menyelamat kira-kira jam 11.58 pagi itu melibatkan dua pegawai dan enam anggota bersama sebuah jentera.

Menurutnya, banjir dengan kedalaman satu meter mengakibatkan mangsa terperangkap di dalam rumah tersebut.

"Pasukan bomba menyelamatkan mangsa dengan menggunakan tali dan berjaya membawa mereka ke tempat selamat," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Ujarnya, operasi menyelamat mengambil masa kira-kira setengah dan kawasan tersebut mula dinaiki air kira-kira jam 10 pagi akibat hujan lebat malam tadi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!