Cuka bukan sekadar untuk memasak

Lantai tampak bersih
Lantai tampak bersih
A
A
A
CUKA atau 'vinaigre' dalam Bahasa Perancis bererti anggur asam (sour wine). Jadi, sudah pasti rasanya memang masam. Cuka sebenarnya bukan sekadar untuk memasak. Fungsinya lebih daripada itu. Barangkali anda semua perlu tahu bahawa cuka merupakan antibakteria yang ampuh untuk membersihkan pelbagai kotoran. Dapur Femina kali ini mendedahkan kegunaan cuka untuk 'mencantikkan' dapur anda. Jom cuba!

1) Membersihkan kotoran lama pada mesin pengisar

Campurkan cuka dengan sedikit air dan sabun pencuci di dalam mesin pengisar. Kemudian, hidupkan mesin pada tekanan sederhana dan cuci macam biasa. Hasilnya pasti memuaskan hati.

2) Membersihkan sisa minyak pada pinggang mangkuk

Campurkan cuka dengan dua liter air bersih. Kemudian celupkan pinggang mangkuk yang berminyak ke dalam campuran berkenaan. Anda akan dapati sisa-sisa minyak hilang.

3) Membersihkan gelombang ketuhar

Campurkan cuka dan air ke dalam piring. Masukkan ke dalam gelombang ketuhar dan biarkan ia mendidih di dalamnya. Biarkan wap cuka bekerja secara ajaib, kemudian bersihkan ia!

Membersihkan mesin kopi
Membersihkan mesin kopi



4) Mesin kopi

Artikel Berkaitan:


Tuangkan cuka ke dalam mesin pembuat kopi kemudian diikuti air. Cairan itu akan menghilangkan kerak kapur sekaligus membuatkan kopi anda terasa lebih segar.

5) Membersihkan lantai dapur

Titiskan cuka pada bahagian yang kotor pada lantai dan lapkan. Cuka dapat membuat lantai rumahmu bagaikan baharu!

6) Minyak atau kekotoran lama pada dinding dapur

Basahkan permukaan dinding yang kotor dengan cuka, biarkan beberapa ketika. Kemudian lap permukaan itu.

7) Membersihkan saluran air

Tuangkan satu sudu cuka bersama baking soda ke kawasan saluran air. Biarkan selama beberapa minit. Kemudian tuangkan air ke saluran berkenaan.

melembutkan daging
melembutkan daging



8) Mencuci buah dan sayur-sayuran

Tambahkan 1-2 senduk makan cuka dalam semangkuk air untuk mencuci buah dan sayur-sayuran, bilas sampai bersih. Larutan ini menghilangkan sisa-sisa racun.

9) Melembutkan daging

Rendam potongan daging ke dalam air yang bercampur cuka semalaman. Esoknya, daging yang dimasak akan jadi lebih empuk.

10) Menghilangkan karat pada perabot dapur

Caranya sapukan cuka pada perabot itu semalaman. Keesokannya, dapat dilihat karat yang menempel lebih mudah dibersihkan.

Membersihkan dinding dapur
Membersihkan dinding dapur

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!