Covid-19: Kes baharu di Indonesia lepasi angka 40,000

Kes Covid-19 di Indonesia semakin meruncing selepas mencatatkan lebih 40,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi setakat ini sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.
Kes Covid-19 di Indonesia semakin meruncing selepas mencatatkan lebih 40,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi setakat ini sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.
A
A
A

JAKARTA - Kes Covid-19 di Indonesia semakin meruncing selepas mencatatkan lebih 40,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi setakat ini sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia pada Isnin, sebanyak 40,427 kes baharu direkodkan, menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 2,567,630 kes.

Sebanyak 891 lagi kematian direkodkan bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat virus itu kini meningkat kepada 67,355 orang.

Bermula 3 Julai lepas hingga 20 Julai ini, pemerintah Indonesia mengetatkan lagi protokol kesihatan Covid-19 dengan menguatkuasakan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) di Pulau Jawa dan Bali.

Jika kes masih berterusan meningkat, pemerintah Indonesia akan melanjutkan lagi tempoh PPKM Darurat berkenaan. Antara peraturan PPKM Darurat adalah penutupan pusat-pusat beli-belah, penerapan 100 peratus bekerja dari rumah bagi sektor bukan perlu, penutupan rumah-rumah ibadat, pembelajaran dari rumah sepenuhnya, larangan makan di restoran, kedai makan atau warung ('dine in') dan tempat-tempat atau pusat pelancongan dan rekreasi ditutup. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!